Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca sekalian, harini saya ingin berkongsi sedikit ilmu tentang Maqasid Syariah. Perkara ini saya pelajari dari kuliah di bulan Ramadhan yang berkat ini.
Maqasid Syariah telah menjadi teori hukum
Islam, bahkan sebagai teori hukum moden yang diakui pakar hukum Islam dan pakar
hukum barat. Sebagai suatu teori, Maqasid Syariah tidak terlepas dari pelbagai
landasan teori yang membangunkannya dari segi landasan teologi, falsafah
mahupun ilmiah. Landasan teologi menerangkan dasar hukum Islam sebagai hukum
daripada Allah. Landasan falsafah pula berkenaan dengan hukum yang dapat
difahami oleh akal manusia dengan segala kelebihan dan kekurangannya (ahliyah
al-wujud dan ahliyah al-ada’). Landasan ilmiah berkenaan dengan hukum yang
mampu dilakukan oleh mukallaf. (Ibnu Hazm)
Jadi, setakat itu sahaja perkongsian saya pada kali ini.
Harap semua mendapat manfaat dari perkongsian ini dan
menyebarkan kepada orang lain supaya pahala itu berterusan. Sekian terima kasih.
Buku rujukan untuk memahami tentang Maqasid Syariah
ditulis oleh Professor Dr. Jasser Auda
Comments
Post a Comment