Assalamualaikum
w.b.t buat para pembaca, saudara dan saudari sekalian.Selamat sejahtera ke atas kamu. Entri pada kali ini ialah sambungan kepada topik Konsep Takaful sebelum ini.
Seperti yang dijelaskan dalam entri sebelum ini, terdapat 3 konsep yang menjadi
tunjang dalam instrumen Takaful. Jadi enri ini adalah untuk membincangkan
konsep Takaful yang kedua iaitu Al-Aqilah.
Aqilah
ialah satu sistem yang berasaskan tanggungjawab dan kerjasama antara anggota masyarakat. Mereka berpakat
mewujudkan tabung yang dikenali sebagai khanz. Segala pungutan wang tabung atau
caruman adalah mengikut tempoh yang dipersetujui. Antara manfaat yang terhasil
daripada konsep ini ialah dapat membantu ahli atau peserta yang terlibat dalam
pembunuhan secara tidak sengaja, dan menebus tawanan perang daripada musuh.
Al-Aqilah
pada asalnya ialah ahli-ahli qabilah atau ahli-ahli masyarakat membantu
ahli-ahli yang ditimpa musibah seperti kematian atau pembunuhan.Di bawah sistem
ini, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain
jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, atau untuk membayar wang tebusan
bagi membebaskan tawanan perang Muslimin. (Dr. Zaharduddin Abd. Rahman, 2009)
Ok, jadi hari ini kita semua dah pelajari konsep Al-Aqilah. Harap semua mendapat manfaat dari perkongsian ini dan menyebarkan kepada orang lain supaya pahala itu berterusan. Sekian terima kasih.
Comments
Post a Comment