Assalamualaikum
w.b.t buat para pembaca lelaki dan perempuan, saudara dan saudari sekalian.
Entri pada kali ini ialah sambungan kepada topik Konsep Takaful sebelum ini.
Seperti yang dijelaskan dalam entri sebelum ini, terdapat 3 konsep yang menjadi
tunjang dalam instrumen Takaful. Jadi entri ini adalah untuk membincangkan
konsep Takaful yang ketiga iaitu Tabrru'.
Haa, pernah tak korang dengar perkataan Tabarru'? Mungkin ada yang pernah dengar dan ada yang tidak pernah. Takpe, harini jom kita kenali konsep Tabarru'.
Konsep Tabarru' inilah yang menghindarkan perlindungan takaful dari unsur gharar ,maisir dan
riba. Dalam persoalan riba, kontrak takaful tidak menggunakan konsep pertukaran
wang sebagaimana dalam kontrak insurans konvensional iaitu pertukaran diantara
bayaran premium dengan janji pembayaran ganti rugi oleh insurer, maka elemen
riba al buyu’ dapat dihapuskan .
Tabarru’
bermaksud menderma atau memberi hak milik secara percuma. Dalam operasi
takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan takaful mestilah
dengan niat yang ikhlas menyumbang bahagian tertentu dari sumbangan atau
caruman bagi membantu peserta-peserta lain yang menghadapi musibah.
Dalam
industri takaful, tabarru’ yang diperkenalkan adalah tabarru’ bersyarat yang
berpengertian bahawa apabila peserta berniat menderma untuk membantu mana-mana
peserta yang ditimpa musibah. Pada masa yang sama, peserta juga berharap sekiranya
beliau juga ditakdirkan menghadapi musibah yang serupa, maka tabungan juga akan
membantu beliau untuk meringankan bebanan musibah yang dihadapi menurut konsep
yang sama.
Ok, jadi hari ini kita semua dah pelajari
konsep Tabarru', sekaligus memahami konsep Takaful. Harap semua mendapat manfaat dari perkongsian ini dan
menyebarkan kepada orang lain supaya pahala itu berterusan. Sekian terima kasih.
Comments
Post a Comment