Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca sekalian. Apa khabar awak semua? Harini puasa penuh tak? Hahahhaha.. jangan la ponteng puasa walaupun air oren terhidang depan mata. Ok, entri harini, saya nak kongsi sedikit tentang takaful, atau orang biasanya ingat Takaful ni sama seperti insurans konvensional tapi sebenarnya tidak sama.
Takaful adalah satu instrumen kewangan yang mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Ia merupakan asas kepada insurans secara Islam dan kewujudannya adalah sebagai satu alternatif kepada insurans konvensional yang sedia ada dalam dunia perbankan dan kewangan konvensional masa kini. Takaful yang berasaskan kepada al-Mudharabah, at-Tabarru’ dan al-Wakalah dilihat menepati tuntutan syarak dalam mendepani insurans konvensional yang mengandungi unsur gharar, maisir dan riba. Kewujudan Takaful telah menimbulkan pelbagai persoalan seperti sejauh mana pelaksanaan Maqasid Syariah dalam semua produk Takaful yang ditawarkan dan adakah sistem Takaful ini mendukung prinsip-prinsip Takaful Islam iaitu saling bekerjasama, tolong-menolong dan bertanggungjawab antara peserta-peserta serta operator Takaful. Sebagai seorang muslim, kita perlu mengkaji sejauh mana teori, definisi dan pembahagian Maqasid Syariah, konsep Takaful serta hubungan antara Takaful dan Maqasid Syariah menepati dari segi penjagaan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta para peserta yang melanggan Takaful.
Haaa.. dah kenal tak Takaful ni macam mana? Jangan tersilap lagi ye konsep Takaful ni dengan insurans konvensional yang lain.
Comments
Post a Comment