PERLINDUNGAN TAKAFUL


Assalamualaikum w.b.t buat para pembaca lelaki dan perempuan, saudara dan saudari sekalian. Selamat sejahtera kepada anda semua.  Entri pada kali ini adalah mengenai pandangan peribadi saya tentang perlindungan Takaful. 


Bagi mengelakkan semua unsur yang diharamkan dalam Islam tidak berlaku, pihak Takaful boleh mengadakan seminar atau festival Takaful bagi memberi peluang kepada semua masyarakat mengetahui kebaikan Takaful itu sendiri. Dengan mengambil sistem Takaful, seseorang itu dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. kerana sistem tersebut mengambil berat tentang pelaksanaan Maqasid Syariah dan sistem ini berasaskan kepada al-Mudarabah, at-Tabarru’ dan al-Wakalah dilihat menepati tuntutan syarak dan tiada unsur gharar, maisir dan riba iaitu perkara yang melanggar syarak dalam Islam.

Perlindungan Takaful bukan sahaja meliputi satu skop kecil malah ia merangkumi keseluruhan aspek kehidupan manusia. Ramai orang tidak tahu tentang perlindungan yang ditawarkan oleh Takaful yang sudah tentu mengikut syariah Islam. Oleh itu, sebagai peserta Takaful, kita mestilah berkongsi kelebihan dan kebaikan apabila berlindung di bawah sistem Takaful. Dengan adanya sistem Takaful, masyarakat dapat membantu dan melindungi bersama ahli-ahli mereka yang ditimpa apa-apa musibah seperti kebakaran, kemalangan atau kematian ahli keluarga. Sesungguhnya membantu orang yang susah ialah salah satu perbuatan yang disayangi oleh Allah S.W.T.

Sistem Takaful kebanyakannya dikenali sebagai sistem perlindungan yang bebas daripada unsur-unsur yang diharamkan dan mengikut syariah. Tetapi kebanyakan masyarakat menganggap Takaful mempunyai persamaan dengan Insurans Konvensional. Bagi mengubah persepsi ini, setiap agen Takaful perlu berkerah untuk membuka minda Umat Islam bahawa system Takaful jauh berbeza dengan Insurans Konvesional melalui penyebaran bahan cetakan yang menerangkan perbezaan konsep Takaful dan Insuran Konvensional. Jika satu negara, keseluruhan rakyatnya mengambil sistem Takaful, negara akan diberkati Allah S.W.T. kerana terhindar dari larangan-laranganNya. Dengan begitu juga, negara akan menjadi aman makmur sepertimana negara Islam apabila di bawah naungan Rasulullah S.A.W dan zaman Khulafa Ar-Rasyidin pada zaman terdahulu.

  Jadi perkongsian saya pada harini setakat itu sahaja. Harap semua mendapat manfaat dari perkongsian ini dan menyebarkan kepada orang lain supaya pahala itu berterusan. Sekian terima kasih.




Comments