Assalamualaikum w.b.t
saudara dan saudari sekalian. Selamat sejahtera semua. Bagaimana puasa
anda hari ini? Hehehhe, tarawih jangan tinggal
ye walaupun sudah makan sedulang nasi
arab sekalipun. Entri pada kali ini, saya nak berkongsi sedikit
titipan ilmu mengenai pembahagian Maqasid Syariah. terdapat 3 pembahagian
Maqasid Syariah iaitu Al-Daruriyyat, Al-Hajiyat dan Al-Tahsiniyyat.
Entri kali ini kita akan mengenali dengan lanjut tentang aspek yang seterunya iaitu Al-Dharuriyyat.
Al-daruriyyat merupakan keperluan dan
kepentingan untuk manusia bergantung di dalam kehidupan di dunia. Ibn ‘Ashur
menakrifkan al-daruriyyat sebagai: “Perkara yang penting untuk masyarakat tidak
kira secara kolektif ataupun individu, dimana entiti sosial sesebuah masyarakat
akan tidak dapat berfungsi dengan betul jika terdapat kecacatan di dalam
perkara ini.” (Ibn Ashur, 2006) Menerusi kajian secara terperinci,
al-Shatibi telah membahagikan al-daruriyyat kepada lima iaitu menjaga agama,
jiwa, akal, keturunan dan harta. Menurut beliau, semua agama memandang perkara
ini sebagai kepentingan asas. (al-Shatibi, 1997)
Ayat al-Mumtahinah, 60:12 di dalam al-Quran
menerangkan lagi tentang kefahaman lima asas daruriyyat. Allah S.W.T. berkata:
“Hai Nabi, apabila
datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia,
bahwa mereka tidak akan mempersekutukan sesuatupun dengan Allah; tidak akan
mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan
berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak
akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka
dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Lima asas ini mestilah
dijaga untuk memelihara kategori daruriyyat. Menurut al-Shabati, ada dua cara
untuk memelihara asas-asas ini. Cara yang pertama adalah dengan mewujudkan dan
menguatkan asas-asas ini dan cara yang kedua ialah dengan mengelakkan semua
bahaya yang boleh menjejaskan asas-asas ini. (al-Shatibi, 1997)
Jadi perkongsian
saya pada harini setakat itu sahaja. Harap semua mendapat manfaat dari
perkongsian ini dan menyebarkan kepada orang lain supaya pahala itu berterusan.
Sekian terima kasih.
Comments
Post a Comment