PEMBAHAGIAN MAQASID SYARIAH ( AL-HAJIYYYAT)


Assalamualaikum w.b.t saudara dan saudari sekalian. Selamat sejahtera semua. Bagaimana puasa anda hari ini? Hehehhe, tarawih jangan tinggal ye walaupun sudah makan sedulang nasi arab sekalipun.  Entri pada kali ini, saya nak berkongsi sedikit titipan ilmu mengenai pembahagian Maqasid Syariah. terdapat 3 pembahagian Maqasid Syariah iaitu Al-Daruriyyat, Al-Hajiyat dan  Al-Tahsiniyyat. Entri kali ini kita akan mengenali dengan lanjut tentang Al-Dharuriyyat.

 Al-Hajiyyat merupakan keperluan sokongan untuk menjalani kehidupan dengan lancar dan baik. Kehidupan tanpa keperluan ini boleh menyebabkan kesukaran tetapi tidak sampai ke tahap kemusnahan. Al-Shatibi menakrifkan keperluan itu mengandungi: “apa yang diperlukan untuk mencapai standard dan meringankan kesusahan. Jika keperluan ini diabaikan, manusia akan menderita dan hidup akan menjadi susah. Walaupun begitu, ia tidak sampai ke tahap yang menyebabkan kemusnahan asas sejagat.” (al-Shatibi, 1997). Selain itu, Ibn Ashur menakrifkan bahawa hajiyyat merupakan: “apa yang diperlukan oleh masyarakat untuk mencapai kepentingan dan baik fungsinya dari segi hal ehwal. Begitu juga, ia tidak berada di sama taraf dengan keperluan yang amat diperlukan.” (Ibn Ashur, 2006)

               Al-hajiyyat boleh memberi kemudahan dan menghapuskan kesusahan hidup kepada manusia . 
Dapat dilihat dari segi ibadat dengan adanya keringanan kepada orang yang sakit yang tidak mampu 
berdiri, solat boleh dilakukan secara duduk dan bagi orang yang sedang bermusafir, boleh melakukan
solat jamak dan qasar untuk meringankan beban mereka dan dibolehkan untuk menunaikan solat di dalam kapal meskipun dada tidak menghadap ke arah kiblat. (al-Shatibi, 1997).

         Jadi perkongsian saya pada harini setakat itu sahaja. Harap semua mendapat manfaat dari perkongsian ini dan menyebarkan kepada orang lain supaya pahala itu berterusan. Sekian terima kasih.


Comments