PBBU (PART 6)
Assalamualaikum w.b.t buat para
pembaca lelaki dan perempuan, saudara dan saudari sekalian. Entri kali ini
merupakan sambungan kepada PBBU Part 5. Topik hari ini ialah saya nak berkongsi
pengalaman saya menjadi fasilitator bagi program Yayasan Bank Rakyat.
Sebenarnya banyak kelebihan apabila
menjadi insan bertuah yang mendapat tajaan dari Yayasan Bank Rakyat. Antaranya,
anda akan diberi peluang untuk menjadi fasilitator bagi program-program anjuran
Yayasan Bank Rakyat. Kalau nak tahu, program YBR ni bukan biasa-biasa, ia
meliputi di setiap negeri yang ada di Malaysia. Haaa, mana nak dapat peluang keemasan
macam ni, segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh Yayasan Bank Rakyat,
malah anda akan mendapat imbuhan apabila menjadi fasilitator YBR.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri,
saya telah menjadi fasilitator bagi 2 program anjuran YBR. Pertama ialah
Kembara Muda Rakyat III “Hari ini untuk Esok” yang dijalankan di Terengganu dan yang kedua ialah Kembara Muda Rakyat IV “
Go Green” bertempat di Johor. Dengan menjadi fasilitator program YBR sahaja, anda sudah
dapat menjelajah sepenuh pelosok di negeri-negeri yang ada di Malaysia.
Cuma ada sedikit perasaan terkilan
apabila saya terlepas peluang menyertai program “Coral Awareness Program” yang
dianjurkan oleh Yayasan Bank Rakyat pada tahun 2017 sebab waktu itu saya perlu
menduduki peperiksaan akhir semester 4. Hahahahhaha. Kecewa jugakla apabila terlepas
peluang untuk melakukan aktiviti scuba
diving sebab tak join program tu.
Comments
Post a Comment