PBBU YAYASAN BANK RAKYAT (PART 5)


PBBU (PART 5)


Assalamualaikum w.b.t kepada saudara dan saudari yang sedang membaca entri ini. Topik entri hari ini ialah sambungan kepada PBBU part 4, iaitu apa yang perlu anda lakukan sebagai pelajar yang telah menerima tajaan dari Yayasan Bank Rakyat.

Ok, pertama sekali mestila duit tu anda guna untuk bayar yuran dengan belanja makan kan. Hahahahahaha. Masa saya menerima tajaan dari YBR dulu, saya menerima jumlah tajaan sebanyak RM 15,000. Tapi sebenarnya jumah ini bergantung kepada jenis kos pengajian yang anda ambil dan di mana anda menyambung pengajian. Waktu saya menerima tajaan, saya sedang menyambung pengajiian dalam bidang Sains Aktuari di UiTM. Yuran semester di UiTM memang murah berbanding universiti lain sebab kan diberi subsidi oleh kerajaan. Hahahahahahahaa.

Jadi bagi saya, duit tajaan tersebut memang cukup sangat untuk menampung yuran pengajian, kos makan dan yuran kolej. Tapi atas kesedaran diri, takkanlah kita nak mensia-siakan wang tajaan itu untuk berfoya-foya? Duit tajaan yang kita dapat itu sebenarnya merupakan sumbangan dari setiap staf di Bank Rakyat dan diperoleh dari program-program yang dilaksanakan oleh Yayasan Bank Rakyat itu sendiri. Jadi sebagai balasan untuk tajaan yang diberikan, balaslah dengan mendapat keputusan akademik dan kokurikulum  yang terbaik, kalau boleh usahalah untuk mendapat pointer CGPA lebih dari 3.75 dan ke atas.

Apabila anda dah dapat keutusan peperiksaan akhir semester, sila muatnaik di portal yayasan bank rakyat bagi pelajar tajaan YBR. Caranya adalah klik log masuk di portal YBR dan pilih e-keputusan semester. Perkara ini wajib dilakukan atau anda tidak akan menerima wang tajaan pada semester hadapan. Pegawai YBR juga boleh memantau keputusan anda, dan akan ada program motivasi bagi pelajar yang mendapat pointer CGPA di bawah 2.0.

Sekian.






Comments