PBBU (PART 4)
Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca
sekalian yang sedang membaca entri kali ini. Entri hari ini merupakan sambungan
kepada entri PBBU Part 3. Ceritanya, apa
yang anda perlu lakukan selepas mendapat tawaran tajaan dari Yayasan Bank
Rakyat. Anda perlu menghadiri satu kursus pembangunan modal insan anjuran
Yayasan Bank Rakyat itu sendiri. Ini merupakan syarat bagi penerimaan tajaan
Yayasan Bank Rakyat. Tapi program ini pon untuk kebaikan pelajar yang menerima
tajaan supaya dapat memupuk semangat jati diri, mahir berkomunikasi dan cepat
menyesuaikan diri dalam apa jua situasi.
Program ini berlangsung selama 4
hari 3 malam, pada tahun 2015 batch kami ditempatkan di Resort Hulu Langat
untuk menjalani program ini. Pada waktu itu umur saya baru mencecah 18 tahun
semasa menerima tajaan Yayasan Bank Rakyat. Jadi untuk memenuhi syarat yang
ditetapkan oleh YBR, saya pon membawa diri bersama luggage ke Menara Yayasan Bank
Rakyat di Kuala Lumpur pada hari yang ditetapkan sebelum bertolak ke Resort
Hulu Langat dengan menaiki bas. Mak ayah tak dapat hantar sebab mereka berada
di Terengganu waktu itu, jadi berdikari lah daku sendirian meredah KL Sentral
dan berjalan sendirian ke Menara Yayasan Bank Rakyat. Huhuhuhuhuhu…
Sebenarnya tak jauh pon menara YBR
dengan KL Sentral, 10 minit je berjalan kaki. Jadi setelah sampai ke menara
YBR, kami diajar untuk mendaftar iRakyat supaya senang untuk memastikan wang
tajaan telah dimasukkan ke dalam akaun Bank Rakyat kami semua. Selepas siap
mendaftar dan bersarapan di menara YBR, kami bertolak ke Resort Hulu Langat
untuk program pembangunan modal insan selama 4 hari 3 malam.
Sampai di Resort Hulu Langat, kami diminta
berkumpul di dewan resort untuk pembahagian kunci bilik. Satu bilik kongsi
dengan 4 orang. Best betul dapat tajaan dari YBR sebab YBR mementingkan
pembangunan jati diri di samping pencapaian akademik. Pelbagai program
dijalankan sepanjang tempo 4 hari 3 malam itu. Perkara biasa yang dialami
sepertimana kita semua pergi kem-kem jati diri di sekolah dulu, cuma tidaklah
terlalu ekstrem kerana program ini juga agak santai. Pada hari terakhir, kami
semua menikmati jamuan bersama para pegawai dan staf-staf Yayasan Bank Rakyat
sebelum bertolak pulang ke menara YBR.
Comments
Post a Comment