KONSEP TAKAFUL


Assalamualaikum w.b.t sahabat-sahabat sekalian dan selamat sejahtera. Semoga hari ini lebih baik

dari semalam. Entri kali ini saya nak kongsi sedikit tentang konsep Takaful, supaya yang kabur dapat

dijelaskan, yang kelam dapat diterangkan.


Apabila tertegaknya negara Islam di Madinah yang diterajui oleh Rasulullah, beberapa sistem yang berasaskan kerjasama dan bantu-membantu telah diamalkan seperti al-Qasamah, Aqilah dan Tabarru’. Ketiga-tiga sistem ini  merupakan konsep jamin menjamin di antara anggota masyarakat yang memberikan kebaikan dan kemudahan dalam kehidupan. Sistem insurans konvensional yang diamalkan pada hari ini bercanggah dengan hukum syarak. Hasil kajian yang mendalam oleh para ulama’ dan di antaranya ialah Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada tahun 1972, mendapati bahawa kontrak insurans konvensional mempunyai unsur gharar, maisir dan riba. Justeru, para ulama’ memutuskan bahawa sistem insurans yang selaras dengan landasan syarak adalah berasaskan takaful.




Sebagaimana firman Allah s.w.t, yang bermaksud “Tolong-menolonglah kamu pada perkara-perkara kebajikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong pada perkara-perkara dosa dan yang boleh menimbulkan permusuhan. (Al-Maidah:2), konsep takaful berasaskan hubungan persaudaraan, rasa saling bertanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta-peserta takaful.

Jadi setakat ini sahaja perkongsian saya pada hari ini. Teruskan membaca lagi entri-entri akan datang.


Comments