Assalamualaikum
w.b.t buat para pembaca lelaki dan perempuan, saudara dan saudari sekalian.
Entri pada kali ini ialah sambungan kepada topik Konsep Takaful sebelum ini.
Seperti yang dijelaskan dalam entri sebelum ini, terdapat 3 konsep yang menjadi
tunjang dalam instrumen Takaful. Jadi entri ini adalah untuk membincangkan
konsep Takaful yang pertama iaitu Al-Qasamah.
Konsep
ini ialah tabung yang diwujudkan untuk membantu mereka yang teraniaya berhubung
dengan nyawa manusia. Contohnya, ialah manfaat daripada tabung itu akan
diberikan kepada waris mangsa bunuh yang tidak diketahui siapakah pembunuhnya,
sebagai mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh waris.
Al-Qasamah
pada asalnya ialah kes qisas seperti pembunuhan yang tiada bukti yang nyata
dimana dikehendaki seseorang yang dituduh dikehendaki bersumpah dengan nama
Allah sebanyak 50 kali atau 1 kali untuk 50 orang.Ia bertujuan untuk memelihara
kehilangan nyawa seseorang dalam kes qisas.
Menurut
jumhur ulama apabila berlaku sesuatu pembunuhan , tanpa diketahui siapa
pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh , maka perlulah bersumpah sebanyak
50 orang. Jika tidak terdapat lima puluh orang,maka orang yang berkenaan mesti
bersumpah sebanyak lima puluh kali.
Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhnya,
iaitu keterangan yang diberikan adalah lemah dan meragukan. (Dr. Ahcene
Lahsasna, 2013)
Jadi setakat itu sahaja perkongsian saya pada kali ini. Diharap pembaca dapat manfaat dan menyebarkan kepada orang lain supaya pahala itu berterusan. Sekian terima kasih.
Comments
Post a Comment