Assalamualaikum
w.b.t buat para pembaca yang dikasihi, lelaki dan perempuan, saudara dan saudari
sekalian.Selamat sejahtera semua. Entri
pada kali ini adalah mengenai hubungan Takaful dengan Maqasid Syariah dari pandangan 5 aspek iaitu
agama, akal, nyawa, harta dan keturunan. Jadi entri kali ini, saya nak kongsi
mengenai aspek agama.
Islam
adalah agama yang suci tanpa terselit unsur-unsur yang diharamkan seperti
gharar (ketidakpastian), maisir (judi) dan juga riba’. Jalan penyelesain
perlu dikejar dan dicari sekiranya unsur-unsur ini wujud dalam perlaksanaan
Takaful dengan Maqasid Syariah. Maqasid Syariah peru dihubung kaitkan dengan
Takaful kerana untuk memastikan sesuatu pengurusan itu mengikuti syariah Islam,
kita kena memastikan ia jauh dari unsur-unsur yang dilarang oleh Islam,
memenuhi keperluan asas seorang muslim dari segi kerohanian dan juga mengambil
kira kebajikan peserta dalam Takaful itu sendiri. Kebajikan yang dimaksudkan
adalah dari segi zakat, sumbangan, aktiviti kemanusiaan dan sebagainya.
Dalam konsep takaful, pemegang sijil menggunakan
konsep menyumbang kepada tabung takaful. Dana dalam tabung takaful kemudiannya
akan digunakan untuk menyumbang kepada ahli takaful lain yang
memerlukan. Secara asasnya, konsep takaful lebih kepada konsep tolong
menolong antara sesama penyumbang tabung takaful. Selain itu, takaful lebih
mementingkan konsep keadilan dan kesamarataan di mana takaful tidak mengambil
ke semua pendapatan daripada pelaburan. Sebahagian daripada bayaran sumbangan
bulanan dibayar kepada syarikat pengendali tabung takaful dan bayaran ini
dikenali sebagai fi wakalah. Bayaran fi wakalah jelas dan nyata dan tiada
bayaran lain yang tersembunyi. Dalam dokumen polisi anda ditunjukkan berapa fi
wakalah yang anda bayar sehingga tempoh matang polisi anda. Sumbangan yang
terkumpul di dalam tabung takaful akan dilaburkan dalam instrumen patuh
syariah. Walaupun matlamat pelaburan ini adalah untuk mendapatkan pulangan yang
maksimum, status pelaburan sentiasa dipantau oleh panel syariah yang dilantik
oleh syarikat pengendali takaful. Pulangan daripada pelaburan tabung takaful
dipulangkan semula ke dalam tabung ini. Mana-mana lebihan daripada tabung
takaful akan diagihkan semula kepada pemegang polisi. Mana-mana tuntutan
perubatan pemegang polisi akan dibayar menggunakan dana yang dikumpulkan dalam
tabung takaful tadi.
Konsep yang digunakan dalam produk insuran
konvensional ini mudah dan boleh diterangkan. Pemegang polisi bayar premium
kepada syarikat insuran dan semua duit dipegang oleh syarikat insuran. Syarikat
insuran akan laburkan duit kutipan premium ni tadi ke mana sahaja yang mereka
rasakan sesuai. Objektif adalah untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Bila
keuntungan diutamakan, status pelaburan samada halal atau tidak ditolak tepi.
Lebihan keuntungan pelaburan tadi adalah kepunyaan syarikat insuran. Syarikat
insurans akan membayar tuntutan daripada pemegang polisi berdasarkan plan yang
diambil.
Jadi perkongsian
saya pada harini setakat itu sahaja. Harap semua mendapat manfaat dari
perkongsian ini dan menyebarkan kepada orang lain supaya pahala itu berterusan.
Sekian terima kasih.
Comments
Post a Comment