HUBUNGAN TAKAFUL DENGAN MAQASID SYARIAH DARI SEGI KETURUNAN


Assalamualaikum w.b.t saudara dan saudari sekalian.  Selamat sejahtera semua. Apa khabar semua pada harini? Semoga kita semua mampu menjalani ibadah puasa sehingga ke akhir Ramadhan yang mulia.  Entri pada kali ini adalah mengenai hubungan Takaful dengan  Maqasid Syariah dari pandangan 5 aspek iaitu agama, akal, nyawa, harta dan keturunan. Jadi entri kali ini, saya nak kongsi mengenai aspek keturunan.

Institusi kekeluargaan adalah institusi yang perlu dititikberatkan dan dipelihara kehormatan dan kemurniannya. Tanpa mereka, Islam tidak akan dapat berkembang kerana mereka adalah khalifah yang akan memerintah di muka bumi ini. Hubungan Takaful dengan Maqasid Syariah dari segi keturunan telah pun wujud lama dalam perniagaan takaful dan kebanyakan syarikat Takaful menggerlarkannya sebagai pelan Operasi Takaful Keluarga. Kebanyakan ketua keluarga menganggap bahawa Takaful Keluarga tidak begitu penting dalam melindungi mereka sekeluarga sekiranya berlaku musibah atau kemalangan yang tidak dijangka. Sikap begini perlu dielakkan kerana apabila musibah berlaku, mangsa akan mendapat tempat kebergantungan sekiranya mengalami kerugian dan tidak menanggung kesusahan sendirian.


Tujuan utama operasi takaful keluarga ditubuhkan adalah bagi memberi perlindungan dan memberi manfaat kewangan kepada peserta atau waris sekiranya mereka ditimpa kemalangan. Selain daripada itu, peserta akan menikmati pulangan pelaburan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama. Peserta Takaful juga akan memperoleh simpanan jangka panjang kerana sebahagian daripada caruman akan didepositkan ke sebuah akaun simpanan. Perlunya hubungan Takaful dengan Maqasid Syariah dari segi keturunan adalah bagi memastikan Takaful juga melindungi keseluruhan institusi kekeluargaan dan bukan sahaja memfokuskan kepada perlindungan umum. 


        Jadi perkongsian saya pada harini setakat itu sahaja. Harap semua mendapat manfaat dari perkongsian ini dan menyebarkan kepada orang lain supaya pahala itu berterusan. Sekian terima kasih.

Comments