Assalamualaikum
w.b.t buat para sahabat, saudara dan saudari
sekalian. Selamat sejahtera semua. Entri
pada kali ini adalah mengenai hubungan Takaful dengan Maqasid Syariah dari pandangan 5 aspek iaitu
agama, akal, nyawa, harta dan keturunan. Jadi entri kali ini, saya nak kongsi
mengenai aspek harta.
Kes tanah waris tiada penama/pewaris
semakin berleluasa sehinggakan berlaku banyak fitnah dan pergaduhan dalam
sesebuah institusi kekeluargaan. Perkara ini nampak remeh di mata sesetengah
masyarakat namun ia amat penting bagi kesan jangka panjang kerana tanah yang
terbiar atau tiada penama/pewaris akan diambil alih pihak berkuasa dan akan
menimbulkan perselisihan faham sekiranya tiba-tiba ada pewaris yang datang
menuntut. Takaful bukan sahaja memfokuskan
perlindungan nyawa semata-mata tetapi ia juga menitik beratkan
perlindungan dari segi harta benda peserta itu sendiri.
Maqasid
Syariah dari segi harta perlu berhubung kait dengan Takaful kerana bangunan dan
harta pelaburan akan dinilai semula berdasarkan penilaian yang dilakukan oleh
jurunilai bebas bertauliah yang diiktiraf kelayakan professional. Takaful juga
akan melindungi bangunan atau kandungannya, melindungi kerugian atau kerosakan
akibat kebakaran, kilat, letupan, banjir dan paip pecah atau mana-mana peril
yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful. Selain daripada itu, wang premium yang
dibayar akan dilaburkan dalam pelaburan yang mematuhi syariah Islam untuk
menyediakan pertumbuhan modal dalam jangka sederhana hingga jangka panjang.
Jabatan
Kehakiman Syariah Malaysia mengeluarkan satu jurnal yang diberi nama Tuntutan
Hibah : Kamsiah Yusof lawan Latifah dan tiga yang lain. Ini adalah kes yang panjang dan merujuk kepada isu pengisytiharan
hibah. Sama ada hibah itu wujud atau sah mengikut syarak, ianya ada disentuh di
dalam kes ini. Kes ini telah dilaporkan di dalam jurnal Hukum tahun 2009
keluarkan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia. Kes ini adalah berkaitan satu
tuntutan hibah yang difailkan oleh plaintif Kamsiah Binti Yusof terhadap
defenden-defenden yang terdiri daripada adik-beradik kandung plaintif sendiri
mengenai harta-harta peninggalan arwah bapa dan ibu kandung mereka yang
meninggal pada 7 April 1997.
Menerusi
jurnal ini jelas menunjukkan bahawa tanpa hubungan Takaful dengan Maqasid
Syariah akan menyebabkan berlakunya perbalahan dalam kalangan ahli keluarga
seterusnya menyebabkan sistem pembahagian harta menjadi tidak teratur. Allah
Taala menetapkan sesuatu perkara itu mengikut peraturanNya sendiri kerana
setiap apa yang ditetapkan itu ada hikmahnya yang tersendiri. Sebagai umat
manusia kita hanya perlu patuh pada perintahnya.
Jadi perkongsian saya pada harini setakat itu
sahaja. Harap semua mendapat manfaat dari perkongsian ini dan menyebarkan
kepada orang lain supaya pahala itu berterusan. Sekian terima kasih
Comments
Post a Comment