HUBUNGAN TAKAFUL DENGAN MAQASID SYARIAH DARI SEGI NYAWA


Assalamualaikum w.b.t buat para pembaca yang budiman, lelaki dan perempuan, saudara dan saudari sekalian. Selamat sejahtera semua.  Entri pada kali ini adalah mengenai hubugan Takaful dengan  Maqasid Syariah dari pandangan 5 aspek iaitu agama, akal, nyawa, harta dan keturunan. Jadi entri kali ini, saya nak kongsi mengenai aspek nyawa.



Nyawa bukanlah hanya spesifik kepada kematian sahaja tetapi kita juga perlu tahu apa yang menyebabkan kematian dan cara untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan nyawa contohnya bunuh diri atau dibunuh, kemalangan, masalah kesihatan dan sebagainya. “Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati,” Surah Ali Imran Ayat 185. Kematian adalah sesuatu perkara yang memang tidak diketahui dan tidak dijangka. Walaupun ajal dan maut itu di tangan Tuhan, namun kita tetap perlu mencarum dalam Takaful untuk mendapatkan bantuan perlindungan mengikut pakej yang telah dibayar.

Kematian akibat kemalangan jalan raya menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa disebabkan kebanyakan sikap pengguna jalan raya yang tidak berhemah. Kerosakan pastinya berlaku pada kenderaan yang dipandu dan ini akan memberi bebanan kepada mangsa untuk mengeluarkan wang membaiki kenderaan yang rosak. Bebanan ini dapat diringankan sekiranya si mangsa mencarum dalam Takaful. Takaful juga berkait rapat dengan Maqasid Syariah dari segi elemen nyawa dan ini menunjukkan bahawa Takaful melindungi secara menyeluruh. Konsep tolong-menolong akan diaplikasikan dalam Takaful bagi membantu mangsa kemalangan tersebut membaiki kenderaan yang rosak.

Selain daripada itu, Takaful juga melindungi peserta yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik dan memerlukan kos perubatan yang tinggi. Takaful perubatan dan kesihatan lazimnya ditawarkan sama ada melalui pelan individu atau berkumpulan. Walaubagaimanapun, kos pelan takaful individu secara amnya adalah lebih tinggi daripada pelan takaful kumpulan. Oleh itu anda haruslah benar-benar bijak di dalam memilih perlindungan yang memenuhi keperluan anda dengan memahami ciri-ciri, syarat-syarat, manfaat, had dan pengecualian pelan takaful tersebut. Jangan rasa tertekan atau terpengaruh untuk membeli lebih daripada apa yang anda perlukan.

Jadi perkongsian saya pada harini setakat itu sahaja. Harap semua mendapat manfaat dari perkongsian ini dan menyebarkan kepada orang lain supaya pahala itu berterusan. Sekian terima kasih.


Comments