HUBUNGAN TAKAFUL DENGAN MAQASID SYARIAH DARI SEGI AKAL


Assalamualaikum w.b.t buat para pembaca lelaki dan perempuan, saudara dan saudari sekalian.Selamat sejahtera semua.  Entri pada kali ini ialah mengenai hubugan Takaful dengan  Maqasid Syariah dari pandangan 5 aspek iaitu agama, akal, nyawa, harta dan keturunan. Jadi entri kali ini, saya nak kongsi mengenai aspek akal.

        Perlindungan Takaful dari segi akal pemikiran atau lebih mudah ditafsirkan sebagai perlindungan pendidikan perlu dititikberatkan kerana dunia kini menghadapi krisis ekonomi yang sangat mencabar. Sepertimana yang kita tahu, semua orang berhak untuk mendapat pendidikan seperti hadis berikut, "Dari Anas bin Malik ia berkata, Rasulullah saw, bersabda: Mencari ilmu itu wajib bagi setiap muslim, memberikan ilmu kepada orang yang bukan ahlinya seperti orang yang mengalungi babi dengan permata, mutiara, atau emas" Hadis Riwayat Ibnu Majah. Namun demikian hak untuk mendapat pendidikan tidak dapat dipenuhi oleh semua rakyat Malaysia khususnya disebabkan masalah kewangan yang dihadapai secara dalaman atau luaran.

Berdasarkan keratan akhbar Sinar Harian (3 Februari 2016) yang berjudul Cabaran Baharu Mahasiswa, menurut Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia (Usim), Imran Razalle berpendapat, istilah 'manja’ ini merupakan suatu pandangan yang bersifat skeptikal dan pukul rata dek kerana salah tadbir kewangan sekelompok kecil mahasiswa. Tidak dinafikan mahasiswa kita masih dihujani pelbagai kelebihan berbanding negara lain dari sudut bantuan dan sebagainya. Perlu diakui hakikat wujudnya segelintir mahasiswa yang lemah dalam pengurusan kewangan sehingga memudaratkan diri sendiri. Tetapi masih ramai yang benar-benar kesempitan walaupun telah mendapat bantuan kerana kehidupan yang mencengkam dalam keadaan yang terkadang kita tidak terfikir pun. Dengan kesediaan kerajaan menyediakan bantuan kewangan sama ada biasiswa, dermasiswa, bantuan pelajaran dan sebagainya amatlah meringankan beban kepada para mahasiswa dalam kehidupan seharian di kampus.

Dengan adanya masalah-masalah seperti ini sehinggakan ada sesetengah mahasiswa terpaksa berhenti belajar dan mengikat perut mencetuskan ke arah pelaksanaan hubungan Takaful dengan Maqasid Syariah. Ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan pada masa kini memerlukan jumlah peruntukan yang besar jumlahnya. Dengan adanya elemen Maqasid Syariah dalam pengurusan Takaful, ini dapat membantu para peserta yang ingin meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi supaya dapat menampung perbelanjaan pendidikan di bawah  pelan Takaful Pendidikan.

      Jadi perkongsian saya pada harini setakat itu sahaja. Harap semua mendapat manfaat dari perkongsian ini dan menyebarkan kepada orang lain supaya pahala itu berterusan. Sekian terima kasih.


Comments