Assalamualaikum
w.b.t buat para pembaca lelaki dan perempuan, saudara dan saudari sekalian.
Entri pada kali ini ialah sambungan kepada topik Konsep Takaful sebelum ini. Harini saya nak berkongsi sedikit ilmu tentang hubung kait antara Takaful dengan Maqasid Syariah yang telah dikongsikan dalam entri sebelum ini.
Sebab utama elemen Maqasid Syariah
diterapkan dan dihubungkait dengan Takaful adalah bagi memastikan semua umat
Islam tahu bahawa Islam juga adalah agama yang praktikal dan bukan teori
semata-mata. Apabila 5 elemen Maqasid Syariah ini diaplikasikan dalam apa jua
urusan, dengan izinNya, kita akan dapat menguatkan suasana dan konsep syariah
Islam yang sebenar dapat dijalankan di Malaysia. Setiap manusia perlukan
perlindungan peribadi di dunia ini selain perlindungan hakiki daripada Allah
Taala tetapi kita sendiri perlu tahu bagaimana perlindungan yang dicarum itu
mengikut syariah Islam atau tidak bagi mengelakkan apa jua unsur yang
diharamkan Tuhan. Hubungan Takaful dengan Maqasid Syariah akan dikaitkan dengan
5 elemen utama iaitu harta, akal, keturunan, agama dan nyawa.
Jadi hari ini kita semua dapat memahami hubungan antara Takaful dengan elemen Maqasid Syariah. Harap semua mendapat manfaat dari perkongsian ini dan
menyebarkan kepada orang lain supaya pahala itu berterusan. Sekian terima kasih.
Assalamua'laikum saudari, boleh tak kongsikan dengan saya bahan rujukan yang awak gunakan bagi hubungan Maqasid Syariah dengan Takaful?
ReplyDelete