Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PBBU) Yayasan Bank Rakyat


Assalamualaikum w.b.t kepada yang membaca, hai semua. Kalau berdasarkan tajuk atas tu, entri kali ini ialah tentang biasiswa. Ini ialah berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai penerima pinjaman dari Yayasan Bank Rakyat. Nama memang tulis pinjaman tapi boleh ditukar jadi biasiswa jika CGPA anda melebihi 3.75. 

Pertama sekali lepas dapat keputusan SPM, mesti kita tercari-cari pinjaman pelajaran dan kalau boleh mesti ramai yang tidak mahu pinjam dari PTPTN. Jadi, selepas dapat result SPM, saya pon mencari dan mencari semua link biasiswa yang ada dan mengisi borang permohonan untuk biasiswa. Lepas sebulan dari tarikh tutup permohonan biasiswa, saya dapat panggilan temuduga dari pihak Yayasan Bank Rakyat.

Jadi, saya nak berkongsi langkah-langkah untuk mengisi borang pinjaman PBBU.

1.     Sila klik link dibawah, untuk terus ke portal Yayasan Bank Rakyat


2.      Kemudian isi semua ruangan maklumat yang diminta seperti maklumat peribadi, maklumat ibu bapa, adk beradik, keputusan SPM dan pencapaian kokurikulum.

3.      Semua sijil, slip gaji, pengesahan pendapatan mesti disahkan oleh pegawai. Lagi baik suruh ketua mukim/ ketua kampung/pengetua sekolah yang sahkan dokumen tu.

4.      Surat tawaran masuk universiti, salinan kad matrik, surat pengesahan tiada penaja pon perlu disahkan. Surat Pengesahan tiada penaja boleh dapat dari bahagian Hal Ehwal Pelajar atau Pusat Pengurusan Akademik.

5.      Selepas selesai hantar dokumen tersebut, berdoa laa supaya dapat disenarai pendek dalam ujian saringan kedua pula.

Itu saja lah langkah-langkah untuk mohon Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah Yayasan Bank Rakyat. InsyaAllah buat adik-adik lepasan SPM yang baru ini, dapat sambung belajar ke universiti dengan biasiswa, harapnya tidak perlu pinjam dari PTPTN.


Comments