PBBU YAYASAN BANK RAKYAT (PART 3)


PBBU (PART 3)

Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca sekalian yang sedang membaca entri hari ini. Keputusan tajaan PBBU Yayasan Bank Rakyat telah dihebahkan. Anda boleh menyemak status permohonan sama ada berjaya atau tidak di laman web rasmi Yayasan Bank Rakyat ataupun semak emel anda. Tahniah diucapkan kepada sesiapa yang telah berjaya menerima tajaan Yayasan Bank Rakyat.

Perkara yang perlu anda lakukan ialah sahkan secara atas talian sama ada anda menerima atau menolak tawaran tajaan dari Yayasan Bank Rakyat. Kemudian lengkapkan segala dokumen yang diperlukan oleh pihak Yayasan Bank Rakyat.  Kena dapatkan tandatangan penjamin 1 dan penjamin 2, dan para penjamin ini perlu menurunkan tandatangan di hadapan pegawai Bank Rakyat. Jadi pendek kata, sediakan segala dokumen dengan lengkap, kemudian, hadir bersama penjamin-penjamin anda  ke mana-mana cawangan Bank Rakyat untuk dapatkan pengesahan pegawai Bank Rakyat.

Langkah terakhir ialah anda perlu matikan setem dan poskan dokumen anda ke Menara Yayasan Bank Rakyat.

Comments