PBBU YAYASAN BANK RAKYAT (PART 2)


PBBU (Part 2)

Assalamualaikum w.b.t kepada pembaca yang sedang membaca entri kali ini. Entri hari ini adalah sambungan kepada Pinjaman Pendidikan Boleh Ubah (PBBU) Yayasan Bank Rakyat. Perkongsian hari ini ialah untuk sesiapa yang telah disenarai pendek untuk menerima tajaan dari Yayasan Bank Rakyat, anda perlu menjawab soalan-soalan secara atas talian dalam tempoh yang dinyatakan dalam e-mel anda.

Soalan-soalan ini berkaitan dengan subjek-subjek yang anda telah ambil semasa SPM, dan pastilah banyak menggunakan aplikasi dalam subjek Matematik Tambahan.  Jadi anda tidak perlu risau kerana soalan-soalan tersebut pasti mudah dijawab. Soalan ini penting kerana  ada juga soalan-soalan berkaitan personaliti diri, markah dari soalan ini mempengaruhi kelayakan anda untuk dipilih sebagai penerima tajaan Yayasan Bank Rakyat.

Bagi sesiapa yang telah menjawab, tunggu dalam tempoh satu bulan, keputusan tajaan Yayasan Bank Rakyat akan dikeluarkan dalam tempoh tersebut.

Teruskan berdoa dan bertawakal kepada Allah S.W.T supaya dimurahkan rezeki untuk mudah menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. InsyaAllah, dengan izin Allah S.W.T.



Comments