Hai Assalamualaikum w.b.t korang semua sihat tak? Hari ni saya nak berkongsi la sikit tentang keputusan peperiksaan semester pertama yang baru je dapat minggu lepas. So, macam mane perasaan bila tengok result final exam korang? Yang result bagus Alhamdulillah teruskan usaha lagi untuk kekalkan pencapaian tapi yang kurang memuaskan tu muhasabah balik kenapa result sebegitu grednya? Kalau sebab korang main game PUBG dengan Mobile Legends sampai pukul 4 pagi, padanlah muka. Sape suruh tak study. HAHAHAHA. Ok sorry saje nak bagi ayat deep. Tapi siapa yang dah berusaha yang terbaik tapi keputusan peperiksaaan tidak seperti yang diharapkan, jangan risau sebab Allah S.W.T ada perancangan yang lebih baik untuk korang. :)
So result exam saya Alhamdulillah sangat sangat baik. Hampir mencapai pointer 4 Flat. Tapi rezeki tak datang bergolek wahai adik-adik. Result yang bagus datangnya dengan usaha untuk belajar dan buat latihan. Melainkan anda seorang yang genius IQ tinggi, maka itu rezeki anda.
Orang cakap "pandainya kau belajar" , "gempaknye result kau" atau "camane weh nak pandai macam kau". Sebenarnya ade suatu benda yang mungkin anda semua lupa tapi saya selalu pegang satu perkara ini iaitu IBU. Mak korang mesti membebel kan kat rumah dan korang pulak melawan? Betul tak? Salah tu. Korang mungkin nampak remeh bebelan ibu dan korang rasa mak korang bergurau je tu dan korang pon nak bergurau jugak. Tapi hakikatnya hati ibu mesti akan terasa sikit kalau korang melawan. Maka di situlah hilangnya satu keberkatan. Perkara ini sahaja yang saya pegang sebagai panduan untuk kejayaan di dunia dan akhirat. Bila mak korang membebel pasal sesuatu, jangan la menjawab balik. Contohnya, mak korang bising"kenapa pinggan dalam sinki tak basuh"pastu korang menjawab"ala, japlagi along basuh la".Kalau korang masih tak perasan, ayat korang tu dah mengguris hati mak korang. Apatah lagi lepas korang jawab macamtu, mak korang pon diam je dan mak korang yang basuh semua pinggan tu. Korang tak terasa bersalah ke?
Dan lagi satu, perkara yang saya selalu buat ialah sebelum saya buat apa-apa perkara, saya mesti fikir macam ni " Mama suka ke tak kalau aq buat macam ni ?" Yela, dah kalau korang main game sampai 4 pagi, mak mana yang suka tengok anak-anaknya leka je ? Betul tak? Hahahhahahaha.. Jadi nak buat apa-apa keputusan tu, fikirla mak ayah korang suka ke tak korang buat macam tu. Kalau rasa-rasa diorang marah, jadi takyah la buat.
Akhir sekali, solat dan doa jangan dilupakan. Jangan pulak time nak exam baru nak solat, time nak exam baru nak baca doa panjang-panjang. Salah cara macam tu tau.
Comments
Post a Comment